Tuesday 29 January 2019

Hati Yang Tersakiti...


Mentari pagi tidak sentiasa bersinar, kadang-kadang akan mendung dan hujan di dinihari...Sejuk, kelam, suram... Sesuram hati ini... Begitu juga kehidupan aku. Penuh pancaroba... tidak semuanya indah.. tidak semuanya cantik sempurna.. Ada kalanya ia akan mengundang rasa tidak sedap di hati...


Bukan tidak pernah cuba untuk mengerti.. 
Bukan tidak pernah cuba untuk memahami...
Bukan tidak pernah cuba untuk menyayangi...
Bukan tidak pernah cuba untuk meredhai...
Bukan tidak pernah cuba untuk menyelami isi hatinya...

Namun aku sering gagal.. GAGAL...

Gagal untuk memahami...
Gagal untuk tidak menyayangi...
Gagal untuk meredhai...
Gagal untuk menyelami hati aku sendiri... 
 Gagal untuk bersabar...
Gagal untuk mmengubati luka dan menutuip parut di hati..

Aku tertanya-tanya...
 Banyak soalan yang menjengah dalam minda aku.. 
berserabut.. berselirat...
mencari jawapan yang tidak pernah ada...
mencari jalan yang tidak pernah wujud...
mencari sinar mentari yang jarang bersinar...
 Mencari kekuatan dalam meneruskan hidup...

MENGAPA..???
MENGAPA???
MENGAPA???

Argh..... mengapa kehidupan ini penuh dugaan.. penuh dengan liku, lopak, cabaran...

Bermacam-macam yang telah aku lakukan..
 Aku telah cuba sehabis baik untuk memberikan yang terbaik.. bukanyang terbaik.. 
cuba menjadi menjadi lebih sabar...
bukan kesempurnaan yang aku inginkan... bukan kemewahan yang aku harapkan...
aku cuma inginkan KEJUJURAN.. kasih sayang yang benar-benar TELUS... 
Aku inginkan sekeping hati milik kau untuk aku... 

jahat ke aku??
tamak ke aku??
tidak layak ke aku??

Inilah natijahnya pada aku bila mula menyayangi MANUSIA.. 
inilah natijahnya pada aku bila mula memerlukan MANUSIA...
Inilah natijahnya pada aku bila kau mengharapkan MANUSIA...

Aku terus disakiti... terus dicurangi... terus ditikam...



ALLAHHUU... sakitnya.. 
Aku tidak mampu untuk teruskan...
aku tidak mampu untuk terus disakiti..
Sebab aku tahu.. Kau juga sakit.. sakit dengan sikap aku.. 
sakit dan semak untuk trus besabar dengan aku...

Oleh itu....

Aku serahkan semuanya kepada ALLAH.. Tuhan yang Maha Esa..
kau banyak tempat untuk mengadu.. meluahkan rasa hati... 
aku?? aku cuma ada ALLAH.. DIA sahaja yang boleh mendengar rasa hati aku.. yang boleh menyimpan rahsia hati aku.. yang boleh menjaga aib aku sepertimana aku cuba jaga aib kau...


Aku tidak mampu untuk meneruskan...
kian hari, kian pudar...
aku tahu, kasih sayang kau pada aku juga telah pudar, suram, kau lelah.. lelah untuk meneruskan semua ini... hati ini mungkin salah.. anggapan aku pada kau juga mungkin salah... tapi, hati aku tidak pernah menipu tuannya... dia boleh merasai pudarnya cinta kau pada aku.. pudarnya kasih sayang kau pada aku.. kau boleh mennidakkannya.. namun, kau tidak akan mampu menipu hati kau sendiri..

Ya Allah, sesungguhnya, aku sangat lemah..
aku sangat sedih...
aku penat Ya Allah...
Aku telah cuba untuk memperbaiki kelemahan yang ada untuk mendapatkan kebahagiaan..
Namun aku gagal Ya Allah... Aku tetap gagal...
Aku sudah tidak mampu untuk teruskan..
bantulah aku... bantulah aku... 😭

aku ingin kuat.. ingin terus kuat.. kuat untuk diri sendiri... kuat untuk meneruskan jalan kehidupan yang aku sendiri pilih..Aku berharap agar diberikan kekuatan, dipermudahkan kehidupan ku di Dunia dan Akhirat...








No comments:

Post a Comment